Friday, April 24, 2009

Perkembangan RPH solat ketika sakit

Set Induksi
( 5 minit )
1. Guru menunjukkan video ataupun montaj orang sakit dan orang solat yang sedang qiam, rukuk dan sujud.
2. Guru menyoal murid : bagaimanakah orang sakit menunaikan solat?
3. Berdasarkan respons murid, guru mengaitkan dengan tajuk yang hendak diajar.

Perkembangan

Langkah 1
(25 minit)

1. Guru menayangkan slide powerpoint maksud solat ketika sakit dan dalilnya di hadapan kelas dan meminta beberapa murid membacanya.

2. Guru membuat penjelasan mengenai slide powerpoint dan isi pengajaran tersebut.

3. Murid mencatat isi pengajaran dalam buku nota.

4. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan menayangkan video berkenaan solat ketika sakit.

5. Murid mencatat isi-isi mengikut tajuk yang diberikan:
• Kumpulan 1 : solat secara duduk
• Kumpulan 2 : solat secara mengiring
• Kumpulan 3 : solat secara melintang
• Kumpulan 4 : solat secara isyarat

6. Murid berbincang mengikut tajuk dan melakukan simulasi dalam pembentangan kumpulan di hadapan kelas menggunakan kertas mahjong.

7. Guru seterusnya menayangkan slaid powerpoint mengenai kaifiat solat ketika sakit dan memberi penerangan kepada pelajar.

8. Pelajar mendengar, memberi perhatian dan mencatat nota.


Penilaian
( 5 minit )
Secara lisan :
1. Menyatakan pengertian solat ketika sakit

Secara bertulis :
1. Lengkapkan lembaran kerja 1


langkah 2
(10 minit)

1. Guru menampal carta di papan putih mengenai hikmah diharuskan solat mengikut keupayaan ketika sakit.

2. Murid berbincang dan menulis jawapan dalam kad imbasan untuk dilekatkan pada carta dipapan putih.

3. Guru merumuskan jawapan murid.


Penilaian
( 5 minit )
Secara lisan :
Menyatakan hikmah diharuskan solat mengikut keupayaan ketika sakit

Secara bertulis :
Melengkapkan lembaran kerja 2.


Langkah 3
( 20 minit)

1. Guru menerangkan sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit melalui slaid powerpoint.

2. Murid mencatat isi-isi pengajaran dalam buku nota.

3. Guru mengedarkan lembaran kerja 4 dan meminta murid berbincang dalam kumpulan.

4. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

5. Guru menilai dan memberi ulasan hasil pembentangan setiap kumpulan.
6. Guru memberikan lembaran 5 untuk dibincangkan mengenai perbezaan rukhsoh solat ketika sakit dan ketika musafir.
7. Setelah berbincang, pelajar akan memberikan jawapan.
8. Guru akan merumuskan jawapan terebut.
9. Guru menayangkan slaid powerpoint mengenai perbezaan rukhsoh solat ketika sakit dan musafir.
10. Murid mendengar dan menulis nota.

Penilaian
( 5 minit )

Secara lisan :
Terangkan perbezaan diantara rukhsah solat ketika sakit dengan rukhsah solat ketika musafir.

Secara bertulis :
Murid menulis semula perbezaan diantara rukhsah solat ketika sakit dengan rukhsah solat ketika musafir.


Penutup
(5 minit)

1. Guru menasihatkan murid supaya tidak meninggalkan solat walaupun ketika sakit.
2. Guru menyarankan supaya murid sabar dan redha dengan apa jua musibah dalam kehidupan.
3. Guru menegaskan bahawa rukhsah solat yang diberikan oleh Allah membawa kemajuam kepada umat islam

No comments:

Post a Comment

Halwa Telinga