Saturday, April 25, 2009

Konsep Peta Minda

Konsep Peta Minda

Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas dan idea penting diletakkan di tengah kertas bertujuan sebagai pusat utama. Idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Peta minda juga adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta minda.

Dalam beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan antara idea utama dengan idea penting yang lain. Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputer. Hal ini kerana, otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.
Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-

Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.

Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.

Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

No comments:

Post a Comment

Halwa Telinga