Wednesday, April 8, 2009

Objektif Pendidikan Islam

OBJEKTIF

Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid
dapat :-
3. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid, untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.
4. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.
5. Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.
6. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.
7. Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu ‘Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
8. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa’ al-rasyidin, dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.
9. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tunggak budaya bangsa yang bermaruah.
10. Membaca dan menulis Jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.

No comments:

Post a Comment