Showing posts with label Teknologi Pendidikan Islam. Show all posts
Showing posts with label Teknologi Pendidikan Islam. Show all posts

Saturday, April 25, 2009

Konsep Peta Minda

Konsep Peta Minda

Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas dan idea penting diletakkan di tengah kertas bertujuan sebagai pusat utama. Idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Peta minda juga adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta minda.

Dalam beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan antara idea utama dengan idea penting yang lain. Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputer. Hal ini kerana, otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.
Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-

Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.

Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.

Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Friday, April 24, 2009

Artikel

PENGGUNAAN WEB PORTAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM BAB IBADAT

MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS IEB 060059
MOHD FIRDAUS BIN SHAHARUDDIN IEB 060060
MOHD ARRAUWI BIN GINSING IEB 060056
Email: Kumpulan11@gmail.com

ABSTRAK

Ledakan teknologi maklumat dan informasi ( ICT )pada masa kini telah memberikan kebaikan kepada dunia terutamanya dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana dengan adanya teknologi ini akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Artikel ini meninjau tentang aplikasi E-learning iaitu penggunaan ‘ web portal ‘ dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam dalam bab Ibadat di sekolah-sekolah Malaysia. Artikel ini bermula dengan memberikan definisi tentang 'E-learning' dan memberikan rasional kenapa 'E-learning' dalam bentuk ‘ web portal ‘ perlu dilaksanakan. Tujuan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam melalui web portal turut dikupas. Selain itu, metodologi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam turut dibincangkan. Cabaran dalam pelaksanaan Web Portal juga turut diperkatakan. Sebagai kesimpulan, artikel ini mencadangkan beberapa sumber bahan Web Portal' yang dapat digunakan di semua sekolah di Malaysia.


ABSTRACT

Nowadays, evolution of information and communication technology has given to the world good thing especially in education. This is because the technology make the teaching and learning approach being easy. This article discuss about E-Learning application which is using the ‘ Web Portal ‘ in teaching and learning for subject Islamic Education over school in Malaysia. This article starts with definition about E-Learning and the reasons why E-Learning with Web Portal should be endorsed. There is 4 main factors need to consider which is to choose dan evaluate the web portal. The challenging and benefit to use E-Learning in classroom also will be discuss. As a conclusion, this article suggest other resources for Web Portal that can be use in school all over Malaysia.


Kata Kunci: ICT, E-learning, Web Portal, Pendidikan Islam, Pengajaran dan Pembelajaran

Halwa Telinga