Monday, October 24, 2011

walawehhh


salam semua...dh lama tak buka blog ini..actually,blog ini sedang di upgrade kan untuk menjadi lebih baik..insyaAllah akan menjadi medan yang terbaik bagi jalan dakwah menuju syurga Allah..Aminnn..

Saturday, June 4, 2011

Alhamdulillah..

alhamdulillah..setelah dibiarkan saje blog ini tanpa diusik, sekali lagi jari jemari ku laju menekan keyboard..aku ingin skali lagi menggunakan blog ini sebagai medium yang berguna dan berfaedah bukan saja untuk diriku bahkan kepada orang di sekeliling ku mahupun yang jauh..insyaAllah, akan ku penuhkan blog ini dengan pelbagai maklumat dan cerita2 yang berlaku kepada diriku dan sekelilingku..moga dapat di ambil pengajaran dan iktibar..insyaAllah..chaiyok2..wallahu a'lam...

Thursday, July 9, 2009

welcome back to da campus..

setelah berbulan kita bercuti,kini tiba masanya untuk kembali ke medan peperangan menimba ilmu..tidak dilupa juga sahabat2 kita yang akan berkonvo dalam bulan ogos ini...itu je la..

PPSMI DI MANSUHKAN

Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

Thursday, June 18, 2009

dalam holiday

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

alhamdulillah dapat juga kami menjengah kembali ke blog ini setelah lama berehat walaupun sekarang masih dalam mood holiday...banyak perkara yang berlaku terhadap diri kita selama kita sedang bercuti..ada yang bertunang...ada plak yang mendirikan masjid bersama bakal suami ataupun isteri yang dikasihi, ada yang melancong ke luar negara ataupun dalam malaysia yang tidak kurang hebatnya dengan negara luar...ada juga yang sibuk membantu keluarga samada di rumah ataupun biznes yang dijalankan..tidak kurang juga yang bekerja sebagai part-time bagi membunuh masa yang ada masa cuti ini..apa apa pun, jangan biarkan diri kita tenggelam dalam melakukan sesuatu melebihi tanggungjawab kita terhadap Allah s.w.t dan juga keluarga..

Akhir sekali, jangan lupa untuk kembali ke kuliah yang tidak lama lagi akan dibuka..dan jangan lupa untuk register subjek k..pandai-pandai la pilih..terima kasih juga kepada ustazah lina dan juga ustaz yang selama ini memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam teknologi dalam pendidikan islam..hanya Allah mampu membalas budi kalian..tidak dilupa juga sahabat2 yang lain..semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t....amiiinn..

insyaallah kita jumpa lagi dalam post yg lain..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Saturday, April 25, 2009

Konsep Peta Minda

Konsep Peta Minda

Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas dan idea penting diletakkan di tengah kertas bertujuan sebagai pusat utama. Idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Peta minda juga adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta minda.

Dalam beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan antara idea utama dengan idea penting yang lain. Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputer. Hal ini kerana, otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.
Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-

Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.

Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.

Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Transformasi pendidikan langkah tepat

Transformasi pendidikan langkah tepat


KUALA LUMPUR 19 April - Transformasi pendidikan negara dengan tidak lagi berorientasikan peperiksaan sepenuhnya mulai tahun depan disifatkan sebagai langkah tepat bagi melahirkan modal insan holistik.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, transformasi itu memberi peluang seimbang kepada pelajar untuk menonjolkan diri.

"Transformasi ini telah lama dicadangkan kerana sistem pendidikan tidak seharusnya bergantung penuh kepada peperiksaan jika kita bercita-cita ingin muncul sebagai sebuah negara maju.

"Pelajar juga sudah pasti mendapat peluang yang seimbang terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri dalam aspek kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas langkah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang memasukkan elemen kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam mulai tahun depan.

Menurut Muhyiddin yang juga merangkap Menteri Pelajaran, melalui SPPK penilaian kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

Bagaimanapun, Zainal berkata, Kementerian Pelajaran perlu memberi tumpuan khusus kepada sekolah luar bandar agar transformasi yang dilaksanakan nanti tidak memberi kesan negatif kepada pelajar di pedalaman.

"Kita semua sedar sistem baru ini baik, tetapi berdasarkan pengalaman lepas, pelajar luar bandar sering menjadi mangsa setiap kali pembaharuan dalam bidang pendidikan dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Kajian E-Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Norizan Abdul Razak juga memuji langkah transformasi itu.

Katanya, sistem pendidikan yang tidak berorientasi sepenuhnya peperiksaan mampu memperkasa pelajar dalam aspek kemahiran tambahan.

"Saya fikir ia transformasi yang tepat kerana di peringkat universiti, sistem ini telah dilaksanakan dan diberi penilaian yang sewajarnya.

"Adalah penting aspek tambahan ini dinilai di peringkat sekolah bagi melahirkan pelajar yang bermotivasi sepanjang masa kerana asas itu telah ada di peringkat sekolah," jelasnya.

Tambah Norizan, sebelum ini, rata-rata pelajar hanya bermotivasi ketika menjelang musim peperiksaan.

Dakwanya, selain kurang kemahiran tambahan, sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan menyebabkan kematangan pelajar terhad dan kelihatan jumud.

Dalam pada itu, walaupun bersetuju dengan transformasi yang hendak dilaksanakan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan, kerajaan perlu melakukan perubahan kepada guru-guru terlebih dahulu.

Beliau yang juga pakar sejarah berkata, untuk menjayakan transformasi dalam pendidikan, ia banyak bergantung kepada guru.

"Guru terlebih dahulu perlu ditransformasi agar mereka boleh menjadi pendidik dan bukannya sekadar tenaga pengajar bagi membolehkan pelajar lulus peperiksaan.

"Elemen sahsiah diri dan kemahiran tambahan banyak bergantung kepada peranan guru itu sendiri. Jika tidak, transformasi bagi melahirkan modal insan holistik pasti sukar," tegasnya.

Perkara yang Membuat Kita Susah

Perkara yang Membuat Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Komik 'Solat ketika

Friday, April 24, 2009

Artikel

PENGGUNAAN WEB PORTAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM BAB IBADAT

MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS IEB 060059
MOHD FIRDAUS BIN SHAHARUDDIN IEB 060060
MOHD ARRAUWI BIN GINSING IEB 060056
Email: Kumpulan11@gmail.com

ABSTRAK

Ledakan teknologi maklumat dan informasi ( ICT )pada masa kini telah memberikan kebaikan kepada dunia terutamanya dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana dengan adanya teknologi ini akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Artikel ini meninjau tentang aplikasi E-learning iaitu penggunaan ‘ web portal ‘ dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam dalam bab Ibadat di sekolah-sekolah Malaysia. Artikel ini bermula dengan memberikan definisi tentang 'E-learning' dan memberikan rasional kenapa 'E-learning' dalam bentuk ‘ web portal ‘ perlu dilaksanakan. Tujuan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam melalui web portal turut dikupas. Selain itu, metodologi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam turut dibincangkan. Cabaran dalam pelaksanaan Web Portal juga turut diperkatakan. Sebagai kesimpulan, artikel ini mencadangkan beberapa sumber bahan Web Portal' yang dapat digunakan di semua sekolah di Malaysia.


ABSTRACT

Nowadays, evolution of information and communication technology has given to the world good thing especially in education. This is because the technology make the teaching and learning approach being easy. This article discuss about E-Learning application which is using the ‘ Web Portal ‘ in teaching and learning for subject Islamic Education over school in Malaysia. This article starts with definition about E-Learning and the reasons why E-Learning with Web Portal should be endorsed. There is 4 main factors need to consider which is to choose dan evaluate the web portal. The challenging and benefit to use E-Learning in classroom also will be discuss. As a conclusion, this article suggest other resources for Web Portal that can be use in school all over Malaysia.


Kata Kunci: ICT, E-learning, Web Portal, Pendidikan Islam, Pengajaran dan Pembelajaran

Halwa Telinga